Sektor pertanian dari sudut perspektif Islam

Dalam perniagaan, antara bidang yang ditekankan dalam islam adalah pertanian. Mereka yang terlibat dalam sektor ini, dijanjikan ganjaran pahala besar oleh allah swt. Anas bin malik meriwayatkan, nabi muhammad saw bersabda yang bermaksud: "tiada seorang muslim pun yang bertani atau berladang lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung ataupun manusia ataupun binatang melainkan bagi dirinya daripada tanaman itu pahala sedekah."

Menjadi usahawan (tani) juga mempunyai kelebihan berikut:
1. Menjadi bos kepada diri sendiri.
2. Mengurus masa mengikut kesesuaian diri.
3. Bergantung kepada keupayaan diri dan kesan terus kepada diri.
4. Pendapatan lumayan berbanding makan gaji.



Kempen Bumi Hijau



Bumi Hijau

"Tanam ternak guna sendiri, jimat cermat bina ekonomi!"


Latar Belakang

Pewujudan semula Kempen Bumi Hijau (dahulunya Buku Hijau) yang berteraskan ‘Amalan Bercucuk Tanam’ telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 19 Oktober 2005. Matlamat utama program ini ialah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian.

Langkah ini diharap dapat membendung impak kenaikan harga barangan makanan serta meringankan beban kewangan kesan kenaikan harga minyak.

Kempen ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama di kalangan penduduk-penduduk taman perumahan di Bandar.

Kempen ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan di samping persekitaran perumahan yang cantik dan menarik.


Konsep Perlaksanaan

Kempen ini terdiri daripada 3 komponen iaitu tanaman, ternakan dan akuakultur.

Amalan bercucuk tanam yang akan dilaksanakan berkonsepkan ‘kitchen garden’ atau ‘edible landscape’ dengan menanam tanaman yang bersesuaian dengan ruang yang sedia ada untuk keperluan keluarga.

Kempen ini menekankan konsep pengeluaran makanan hanya untuk yang boleh ditanam sendiri sahaja. Jenis tanaman yang boleh ditanam terdiri daripada sayur-sayuran daun dan buah, herba dan ulam-ulaman yang boleh dituai secara berterusan.

Kempen ini ditujukan kepada semua rakyat dengan fokus utama disasarkan kepada penduduk taman perumahan, penghuni rumah pangsa dan murid-murid sekolah.

Bagi menjayakan kempen ini, anak-anak pokok ditanam di dalam bekas mudah alih seperti pasu, polibeg dan seumpamanya atau di atas tanah kosong milik kerajaan, majlis tempatan, swasta, rumah ibadat dan sebagainya yang berhampiran.

Tanaman sayur-sayuran dan ulam-ulaman seperti sawi, bayam, cili terung, selom dan herba seperti daun kari, daun kunyit sesuai dilaksanakan untuk Kempen Bumi Hijau ini.

Anggaran sejumlah 500,000 anak pokok perlu disediakan untuk menyokong pelaksanaan pelancaran Kempen Program Bumi Hijau bagi seluruh negara.

Komponen Ternakan boleh melibatkan aktiviti pemeliharaan ayam kampung untuk daging dan telur.

Akuakultur pula melibatkan aktiviti ternakan ikan keli dalam tangki kanvas, ternakan ikan jenis tilapia dalam sangkar dan pelepasan benih ikan dalam kawasan pengairan umum. - Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.